Dari Blog:-

Sebagai pengguna dan pelanggan, setiap orang mempunyai hak untuk berkongsi pengalaman sesama kita demi untuk memastikan setiap pengguna mendapat nilai dari apa sahaja perkhidmatan yang dilanggan bersesuaian dengan apa yang disediakan oleh pihak pemberi khidmat atau “Service Provider”…

Atas dasar inilah abg ingin berkongsi pengalaman abg menggunakan khidmat talian yang disediakan oleh 2 pembekal perkhidmatan mobiliti gergasi negara iaitu DiGi dan Hotlink…

DiGi telah menyediakan khidmat talian untuk mengemaskini maklumat dan menyemak penggunaan harian pengguna yang dipanggil OCS (Online Customer Service) manakala Hotlink menyediakan khidmat yang sama lebih awal yang dikenali sebagai E-Statement…

Kedua-duanya telah pun abg cuba sebentar tadi, manakala untuk e-statement pernah abg cuba sebulan yang lalu (jika tidak silap). Pada masa itu sistem talian tersebut tidak begitu baik kerana setelah login ianya mengeluarkan satu promp yang meminta pelanggan memasukkan secret answer padahal ianya adalah pertama kali kita mengunjungi dan berdaftar dilaman tersebut.

Apa yang abg maksudkan, biasanya sistem akan meminta kita memasukkan dahulu secret question dan answer sebagai langkah keselamatan jika kita terlupa katalaluan pada masa akan datang…tetapi sebaliknya kita / pengguna diminta memasukkan secret answer yang tak pernah kita masukkan sebelum ini…

Perihal ini pernah abg ujarkan kepada bahagian customer service tetapi mereka hanya reset katalaluan dan meminta pengguna login semula..tetapi perkara yang sama masih berulang…pada masa itu abg telah nyatakan tetapi seolah-olah tidak diambil berat apa yang cuba pelanggan maklumkan…

Sebentar tadi pula abg cuba sekali lagi untuk masuk ke e-statement tetapi terlupa password, oleh yang demikian abg cuba reset katalaluan bagi tujuan login semula…katalaluan telah abg terima melalui sms ke telefon bimbit …apabila abg cuba untuk login berulang kali paparan dibawah keluar..

abg cuba login berkali-kali tetapi masih gagal…sebagai langkah percubaan lain, abg reset katalaluan sekali lagi tetapi paparan yang sama keluar lagi selepas login…sungguh mengecewakan..

Berbeza pula dengan OCS yang disediakan pihak DiGi..ianya cekap dan senang digunakan..sekali daftar terus dapat digunakan…tanpa sebarang masalah.

Bagi Celcom pula, memandangkan abg menggunakan talian postpaid jadi tidak ada sebarang masalah yang abg hadapi…cuma untuk prepaid abg tidak berapa pasti..

Perkongsian pengalaman ini adalah sebagai perkongsian maklumat semata-mata bukannya untuk menjatuhkan mana-mana pihak sebaliknya bertujuan untuk memberikan panduan kepada pengguna supaya mendapatkan hanya yang terbaik dengan nilai wang yang dilaburkan..manakala pembekal perkhidmatan dapat memperbaiki khidmat yang diberikan supaya seiringan dengan iklan yang diwar-warkan bukannya ibarat kata pepatah “indah khabar dari rupa”.

Wallahualam..

Sekian, Wassalam…