Semasa “outstation” atau kerja luar kawasan yang lalu, abg sempat singgah disalah sebuah hentian R&R di Lebuhraya Pantai Timur. Namun abg tidak pasti nama hentian tersebut. Seperti biasa abg mengziarahi Surau yang disediakan. Keadaan diSurau berkenaan amat baik, kemas, bersih dan teratur. Syabas dan terima kasih abg ucapkan kepada penjaga Surau berkenaan. Semoga ALLAH memberikan ganjaran yang setimpal kepada anda.

Penilaian yang boleh dibuat mengenai Surau ini adalah seperti berikut:-
s13.jpg

Terdapat Kipas yang disediakan kepada jemaah yang mengerjakan solat. Ini memberikan keselesaan kepada jemaah. (1 mata)

s14.jpgs15.jpg

Petunjuk arah kiblat yang jelas, tepat dan mudah dilihat. (1 mata)

s1.jpgs2.jpg

Papan tanda yang jelas dan mudah dilihat. (1 mata)

s9.jpgs4.jpg

Tempat ambil wuduk yang bersih, disediakan pelapik anti-lecak yang memastikan kaki sentiasa berada dalam keadaan bersih, dekat dengan ruang solat dan menggunakan paip yang mudah untuk dikendalikan. (2 mata)

s6.jpgs7.jpg

Tanda Amaran yang jelas dan mudah dilihat (1 mata)

s3.jpgs10.jpg

Tempat penyimpanan Kitab dan Sejadah disediakan, ianya kelihatan kemas dan rapi. (2 mata)

s5.jpgs11.jpg

Tempat menunggu dan rehat disediakan jika jemaah ramai dan poster waktu solat disediakan untuk memudahkan jemaah membuat rujukan waktu solat. (2 mata)

Jumlah Keseluruhan: 10 mata (Kategori terbaik dan cemerlang)