Untuk Siri 2, abg telah menziarahi surau Carrefour Ampang untuk menunaikan tanggungjawab..

cf1.jpg

Pada pengamatan abg, rasanya mata yang mampu diberikan untuk keadaan surau tersebut adalah 5 dari 10 mata..

cf2.jpg

Terdapat Penyaman Udara yang sentiasa dibuka untuk memberikan kenyamanan kepada jemaah. (2 mata)

cf3.jpg

Terdapat tempat letak sejadah dan menyediakan lebih dari satu sejadah. (1 mata)

cf4.jpg

Terdapat permaidani walaupun tidak menutupi seluruh lantai surau. (1 mata). Tetapi sejadah berbau masam (-1 mata)

cf5.jpg

Terdapat cermin untuk merapikan penampilan setelah selesai solat. (1 mata)

cf6.jpg

Terdapat tempat wuduk yang dekat dengan ruangan solat (1 mata).

Jadi secara keseluruhannya mata yang dikumpul adalah seperti diatas iaitu sebanyak 5 mata.

Harus diingat, pendedahan dan kementar yang dibuat ini bukanlah bertujuan untuk mengaibkan atau menjatuhkan martabat sesebuah organisasi, pertubuhan, badan mahupun premis perniagaan, tetapi ianya bertujuan untuk menyedarkan masyarakat tentang betapa pentingnya menyediakan surau yang selesa dan bersih. Secara tidak langsung dengan adanya pendedahan ini, pihak yang bertanggungjawab mentadbir surau berkenaan akan memperbaiki mutu pemeliharaan dan pemuliharaan surau yang berada ditempat mereka. Disamping itu ianya akan membantu pihak berkenaan untuk meningkatkan lagi nama baik dan martabat tempat mereka..

Harap Maklum…