Pantau Surau adalah merupakan siri yang akan abg terbitkan dari semasa ke semasa mengikut kepada lawatan yang abg buat dari satu lokasi ke satu lokasi lain..

Ianya bertujuan untuk mendedahkan keadaan surau-surau terpencil yang mungkin jarang diimmarahkan oleh para jemaah dari segi kebersihan dan keterpeliharaannya oleh orang sekitar dan masyarakat setempat serta kemudahan-kemudahan yang disediakan sekitarnya seperti tempat ambil air sembahyang (wuduk) dan juga tandas.

Dengan pendedahan ini diharapkan surau yang bersih dan baik akan terus mengekalkan kebersihannya manakala surau yang tidak berapa baik akan dipelihara dan dipulihara suapaya kembali bersih dan bermaya.

Untuk Siri 1, abg ada melawat sebuah surau yang berada di Hotel Vistana Kuala Lumpur. Alhamdulillah suraunya dijaga rapi dan bersih walaupun tidak ramai pengunjungnya dalam satu-satu masa.

Abg memberikan 7 dari 10 mata kepada surau Hotel ini atas sebab berikut:-

s1.jpg

Tanda Pintu yang jelas dan sopan.

s2.jpg
Terdapat sabun, tisu dan tong sampah disediakan berdekatan tempat wuduk.

s3.jpg

Kemudahan mengambil wuduk dekat dan sangat bersih. Ada selipar dan cermin disediakan.

s4.jpg

Ada lebih dari 1 sejadah disediakan, tempat letak sejadah yang teratur dan bersih. Ada terdapat Air-Cond dan kipas angin untuk memberikan keselesaan kepada jemaah.

s5.jpg

Bilik solat yang berasingan dengan tempat wuduk bagi memastikan tempat solat tidak basah dan tidak menimbulkan bau dari keadaan carpet yang basah.

s6.jpg

Lantai bilik solat yang diseliputi carpet bersih (dalam keadaan baru di vakum). Ada tanda arah qiblat yang jelas.

Kepada saudara/ri yang ingin membuat sebarang komen, sila klik pada “No comments” pada bahagian atas dibawah tajuk artikel ini, kemudian masukkan komen anda…