Assalamualaikum semua…

Kad Kredit bukanya sesuatu yang asing dalam hidup kita seharian, malah ada sesetengah pihak yang menganggapnya sesuatu kemestiaan dalam memenuhi keperluan hidup. Kad Kredit dikatakan dapat membantu kita untuk mengurangkan beban kewangan disamping dapat menyediakan keperluan hidup walaupun semasa ketiadaan wang sementara menunggu gaji bulanan…

Namun sebenarnya tanggapan ini adalah salah sama sekali…kad kredit bukannya sesuatu yang membantu kita menjalani hidup yang lebih baik dan selesa tetapi merupakan salah satu pemusnah kepada kehidupan dan akhirnya memberikan seribu masalah kewangan kepada kita jika kita tidak dapat mengawalkan dan mendisiplinkan diri dalam menggunakannya…

Di negara kita, ramai diantara pengguna kad kredit akan mengalami masalah bankrap…dan ini terbukti setelah disenaraikan oleh Pihak Bank Negara…

Biasanya penyedia perkhidmatan kad kredit ini mengsasarkan golongan muda yang baru memulakan hidup dengan pekerjaan…golongan seperti eksekutif muda, jurutera muda dan banyak lagi golongan sasar yang akan menjadi mangsa…mereka ini adalah diantara mereka yang masih muda untuk mengenal erti kehidupan dan menguruskan kewangan, kemudahan kad kredit yang ada akan digunakan tanpa memikirkan akibat dari penggunaan yang melampau…

Inilah yang telah menyebabkan ramai diantara golongan muda yang masih tidak mencapai umur 30-an tetapi telah dibebani oleh hutang yang melampau…malah ada diantara mereka yang telah diistihar sebagai bankrap…

Oleh yang demikian, abg ingin menyarankan kepada semua yang menggunakan kad kredit supaya sentiasa beringat dalam menggunakan kad kredit. Gunakan mengikut had kemampuan anda. Pastikan yang duit semasa atau peruntukan sesama anda ada dalam simpanan untuk anda bayar jumlah yang telah anda gunakan..pastikan juga duit tersebut tidak disentuh langsung melainkan untuk membayar kad kredit semata-mata.

Selain itu, jangan melanggan terlalu banyak kad kredit..cukuplah sekadar 1 kad sahaja atau tidak lebih dari 2 kad kredit dalam satu masa…ini kerana kad yang satu lagi boleh digunakan untuk “stanby” jika kad yang satu lagi tidak boleh digunakan semasa kecemasan. Jika pada masa sekarang anda mempunyai lebih dari 2 kad kredit…abg sarankan anda buat apa yang dilakukan oleh mereka dibawah ini…

Pastikan juga kad yang anda langgan adalah kad kredit yang menawarkan bayaran tahunan percuma yang mana anda tidak dikenakan sebarang caj tahunan. Namun perhatikan dan fahami syarat yang dikenakan supaya kita tidak terperangkap kelak.

Selamat menggunakan kad kredit dengan berhemah dan cermat….