Ibu adalah permata hati yang tidak boleh ditukar ganti…dia hanya satu untuk selamanya..

Abg menyeru kepada semua yang membaca coretan ini untuk kita sama-sama menghargai segala pengorbanan yang telah Ibu kita lakukan dan berikan terhadap kita. Kirimkan khabar berita dan nyatakan kasih sayang kita bukan dengan hanya kiriman wang bulanan semata-mata tetapi nyatakan rasa sayang kita melalui ucapan…

Abg yakin dan tahu ramai diantara kita yang amat sayangkan Ibu mereka tetapi tidak sesekali berani untuk menyatakan rasa sayang itu dengan melafazkannya…abg seru selepas sahaja membaca coretan abg ini, telefon Ibu anda nyatakan kepadanya “Ibu, saya sayangkan Ibu”…senang sahaja….dengan cara ini Ibu kita merasakan pasti dari mulut anaknya yang anaknya itu amat menyayangi dirinya…

Amatilah kasih-sayang dan pengorbanan beliau…

Abg tujukan khas lagu ini buat mereka yang telah kehilangan Ibu…walaupun mungkin Ibu anda sudah tiada disisi, masih ada ruang untuk anda berbakti kepadanya..kirimkanlah Al-Fatihah dan ayat suci AL-Quran sentiasa, Doa untuknya setiap kali lepas solat…InsyaALLAH doa anak yang soleh akan pasti dimakbulkan ALLAH…amiiinnn