You are currently browsing the monthly archive for March 2008.

Fenomena indah ini telah berlaku pada petang tadi dan abg rakamkan melalui telefon bimbit abg sendiri…mungkin keindahan mata memandang secara jelas tidak dapat digambarkan semula oleh gambar yang tidak berapa jelas…

Apa yang penting adalah perkongsian dengan semua kehebatan ciptaan ALLAH ini…katakan Subhanallah…

26mac081.jpgfen1.jpg

fen2.jpgfen3.jpg

Advertisements

Untuk Siri 2, abg telah menziarahi surau Carrefour Ampang untuk menunaikan tanggungjawab..

cf1.jpg

Pada pengamatan abg, rasanya mata yang mampu diberikan untuk keadaan surau tersebut adalah 5 dari 10 mata..

cf2.jpg

Terdapat Penyaman Udara yang sentiasa dibuka untuk memberikan kenyamanan kepada jemaah. (2 mata)

cf3.jpg

Terdapat tempat letak sejadah dan menyediakan lebih dari satu sejadah. (1 mata)

cf4.jpg

Terdapat permaidani walaupun tidak menutupi seluruh lantai surau. (1 mata). Tetapi sejadah berbau masam (-1 mata)

cf5.jpg

Terdapat cermin untuk merapikan penampilan setelah selesai solat. (1 mata)

cf6.jpg

Terdapat tempat wuduk yang dekat dengan ruangan solat (1 mata).

Jadi secara keseluruhannya mata yang dikumpul adalah seperti diatas iaitu sebanyak 5 mata.

Harus diingat, pendedahan dan kementar yang dibuat ini bukanlah bertujuan untuk mengaibkan atau menjatuhkan martabat sesebuah organisasi, pertubuhan, badan mahupun premis perniagaan, tetapi ianya bertujuan untuk menyedarkan masyarakat tentang betapa pentingnya menyediakan surau yang selesa dan bersih. Secara tidak langsung dengan adanya pendedahan ini, pihak yang bertanggungjawab mentadbir surau berkenaan akan memperbaiki mutu pemeliharaan dan pemuliharaan surau yang berada ditempat mereka. Disamping itu ianya akan membantu pihak berkenaan untuk meningkatkan lagi nama baik dan martabat tempat mereka..

Harap Maklum…

Dipaparkan dalam berita TV di Korea. Inilah diantara kekuasaan ALLAH yang amat jelas…Subhanallah…

Pantau Surau adalah merupakan siri yang akan abg terbitkan dari semasa ke semasa mengikut kepada lawatan yang abg buat dari satu lokasi ke satu lokasi lain..

Ianya bertujuan untuk mendedahkan keadaan surau-surau terpencil yang mungkin jarang diimmarahkan oleh para jemaah dari segi kebersihan dan keterpeliharaannya oleh orang sekitar dan masyarakat setempat serta kemudahan-kemudahan yang disediakan sekitarnya seperti tempat ambil air sembahyang (wuduk) dan juga tandas.

Dengan pendedahan ini diharapkan surau yang bersih dan baik akan terus mengekalkan kebersihannya manakala surau yang tidak berapa baik akan dipelihara dan dipulihara suapaya kembali bersih dan bermaya.

Untuk Siri 1, abg ada melawat sebuah surau yang berada di Hotel Vistana Kuala Lumpur. Alhamdulillah suraunya dijaga rapi dan bersih walaupun tidak ramai pengunjungnya dalam satu-satu masa.

Abg memberikan 7 dari 10 mata kepada surau Hotel ini atas sebab berikut:-

s1.jpg

Tanda Pintu yang jelas dan sopan.

s2.jpg
Terdapat sabun, tisu dan tong sampah disediakan berdekatan tempat wuduk.

s3.jpg

Kemudahan mengambil wuduk dekat dan sangat bersih. Ada selipar dan cermin disediakan.

s4.jpg

Ada lebih dari 1 sejadah disediakan, tempat letak sejadah yang teratur dan bersih. Ada terdapat Air-Cond dan kipas angin untuk memberikan keselesaan kepada jemaah.

s5.jpg

Bilik solat yang berasingan dengan tempat wuduk bagi memastikan tempat solat tidak basah dan tidak menimbulkan bau dari keadaan carpet yang basah.

s6.jpg

Lantai bilik solat yang diseliputi carpet bersih (dalam keadaan baru di vakum). Ada tanda arah qiblat yang jelas.

Kepada saudara/ri yang ingin membuat sebarang komen, sila klik pada “No comments” pada bahagian atas dibawah tajuk artikel ini, kemudian masukkan komen anda…

ﻪﺗﺎﻛﺮﺑﻭﷲﺍﺔﻤﺣﺭﻭﻢﻜﻴﻠﻋﻭﻡﻼﺴﻟﺍ,

Kepada semua warga e-kampung yang dikasihi dan dihormati sekalian..

Saya mewakili semua pengurusan e-kampung dan juga seisi keluarga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan “Selamat Menyambut Maulidur Rasul”

Berselawatlah serta salam buat Nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W dan doakanlah kesejahteraan roh kepada ahli keluarga serta para sahabat Rasullulah yang telah banyak berkorban harta dan nyawa demi perjuangan Islam yang suci…Amiiinn ya Rabbal Alamin..

Sekian, Wassalam…

Cc: www.e-kampung.com.my & e-kampung @ Google

Mengikut undang-undang telah diperuntukkan beberapa tahun yang lalu, kenderaan berat tidak dibenarkan berada dijalanraya pada waktu puncak…ianya bertujuan untuk mengurangkan lagi kesesakan…namun begitu sejak ianya tidak dipedulikan lagi..ada beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab telah mengambil kesempatan ini untuk tidak mengedahkan larangan tersebut.

Tindakan mereka ini telah banyak menyumbang kepada kesesakkan jalanraya yang ketara sewaktu puncak..pihak berkuasa terutama sekali LPKP dan juga pihak JPJ dapat memantau kenderaan berat ini pada waktu-waktu puncak sebagai satu teknik pendidikan yang berkesan terhadap pemandu dan juga syarikat pengangkutan tersebut…

lori.jpg18-03-08.jpg

P/s: I’m a big fan of Sami Yusuf…i like what he bring into the song…

Ibu adalah permata hati yang tidak boleh ditukar ganti…dia hanya satu untuk selamanya..

Abg menyeru kepada semua yang membaca coretan ini untuk kita sama-sama menghargai segala pengorbanan yang telah Ibu kita lakukan dan berikan terhadap kita. Kirimkan khabar berita dan nyatakan kasih sayang kita bukan dengan hanya kiriman wang bulanan semata-mata tetapi nyatakan rasa sayang kita melalui ucapan…

Abg yakin dan tahu ramai diantara kita yang amat sayangkan Ibu mereka tetapi tidak sesekali berani untuk menyatakan rasa sayang itu dengan melafazkannya…abg seru selepas sahaja membaca coretan abg ini, telefon Ibu anda nyatakan kepadanya “Ibu, saya sayangkan Ibu”…senang sahaja….dengan cara ini Ibu kita merasakan pasti dari mulut anaknya yang anaknya itu amat menyayangi dirinya…

Amatilah kasih-sayang dan pengorbanan beliau…

Abg tujukan khas lagu ini buat mereka yang telah kehilangan Ibu…walaupun mungkin Ibu anda sudah tiada disisi, masih ada ruang untuk anda berbakti kepadanya..kirimkanlah Al-Fatihah dan ayat suci AL-Quran sentiasa, Doa untuknya setiap kali lepas solat…InsyaALLAH doa anak yang soleh akan pasti dimakbulkan ALLAH…amiiinnn

Assalamualaikum semua…

Kad Kredit bukanya sesuatu yang asing dalam hidup kita seharian, malah ada sesetengah pihak yang menganggapnya sesuatu kemestiaan dalam memenuhi keperluan hidup. Kad Kredit dikatakan dapat membantu kita untuk mengurangkan beban kewangan disamping dapat menyediakan keperluan hidup walaupun semasa ketiadaan wang sementara menunggu gaji bulanan…

Namun sebenarnya tanggapan ini adalah salah sama sekali…kad kredit bukannya sesuatu yang membantu kita menjalani hidup yang lebih baik dan selesa tetapi merupakan salah satu pemusnah kepada kehidupan dan akhirnya memberikan seribu masalah kewangan kepada kita jika kita tidak dapat mengawalkan dan mendisiplinkan diri dalam menggunakannya…

Di negara kita, ramai diantara pengguna kad kredit akan mengalami masalah bankrap…dan ini terbukti setelah disenaraikan oleh Pihak Bank Negara…

Biasanya penyedia perkhidmatan kad kredit ini mengsasarkan golongan muda yang baru memulakan hidup dengan pekerjaan…golongan seperti eksekutif muda, jurutera muda dan banyak lagi golongan sasar yang akan menjadi mangsa…mereka ini adalah diantara mereka yang masih muda untuk mengenal erti kehidupan dan menguruskan kewangan, kemudahan kad kredit yang ada akan digunakan tanpa memikirkan akibat dari penggunaan yang melampau…

Inilah yang telah menyebabkan ramai diantara golongan muda yang masih tidak mencapai umur 30-an tetapi telah dibebani oleh hutang yang melampau…malah ada diantara mereka yang telah diistihar sebagai bankrap…

Oleh yang demikian, abg ingin menyarankan kepada semua yang menggunakan kad kredit supaya sentiasa beringat dalam menggunakan kad kredit. Gunakan mengikut had kemampuan anda. Pastikan yang duit semasa atau peruntukan sesama anda ada dalam simpanan untuk anda bayar jumlah yang telah anda gunakan..pastikan juga duit tersebut tidak disentuh langsung melainkan untuk membayar kad kredit semata-mata.

Selain itu, jangan melanggan terlalu banyak kad kredit..cukuplah sekadar 1 kad sahaja atau tidak lebih dari 2 kad kredit dalam satu masa…ini kerana kad yang satu lagi boleh digunakan untuk “stanby” jika kad yang satu lagi tidak boleh digunakan semasa kecemasan. Jika pada masa sekarang anda mempunyai lebih dari 2 kad kredit…abg sarankan anda buat apa yang dilakukan oleh mereka dibawah ini…

Pastikan juga kad yang anda langgan adalah kad kredit yang menawarkan bayaran tahunan percuma yang mana anda tidak dikenakan sebarang caj tahunan. Namun perhatikan dan fahami syarat yang dikenakan supaya kita tidak terperangkap kelak.

Selamat menggunakan kad kredit dengan berhemah dan cermat….