Peluncur atau pelayar Web merupakan perisian aplikasi yang digunakan untuk mencari dan memaparkan laman-laman Web. Dua pelayar Internet yang popular ialah Netscape Communicator dan Microsoft Internet Explorer. Kedua-duanya merupakan pelayar bergrafik, yang bermaksud ia boleh memaparkan grafik begitu juga dengan teks. Selain itu, kebanyakan pelayar moden boleh mempersembahkan maklumat multimedia. Ini termasuklah bunyi dan video, menerusi pemasangan perisian tambahan (plug-in) untuk format tertentu.

Suatu ketika dahulu timbul persaingan sengit antara kedua-dua pelayar tersebut. Namun, ia boleh dianggap berakhir apabila Internet Explorer terus melengkapi Windows, sekaligus memikat ramai pengguna Internet. Ini tidak bermakna saingannya terus berkubur, sebaliknya masih wujud hingga ke hari ini termasuk pelayar alternatif seperti Opera, dan Mozilla. Dari masa ke semasa versinya diperringkatkan dengan pelbagai ciri. Ini merupakan satu perkembangan sihat yang membolehkan pengguna memilih mengikut cita rasa mereka.

Seperti yang dinyatakan tadi, peluncuran Internet memberikan pilihan yang luas, tidak semestinya memilih Internet Explorer sahaja. Ini dapat dibuktikan apabila pengguna boleh memindah terima dan menggunakan pilihan lain secara percuma. la boleh ditemui di tapak-tapak Web memindah terima seperti Download.com (www.download.com), WebAttack.com (www. webattack.com), dan Sofotex.com (www.sofotex. com). Apa yang menarik perisian tambahan dan pelengkap pelayar Web juga disediakan seperti yang tersenarai di sini.

Nota: perisian yang tersenarai di sini hanya sebahagian sahaja yang boleh diperolehi dari pelbagai sumber.

KATEGORI INTERNET EXPLORER

· Ad Popup Filter 3.78 – memarikan iklan tidak diundang, mempercepatkan pelayaran, dan melindungi hak persendirian (privacy) ketika dalam talian.

· Linkspider Search Bar 1.1 – boleh mengakses enjin carian Linkspider dari pelayar Internet.

· Image Downloader l.Oa- memilih satu atau lebih imej daripada laman Web semasa dan kemudian memindah terimanya secara automatik.

· Liquid Surf 1.12 – membesarkan teks dan grafik selain boleh memaparkan dua laman pada masa yang sama dalam Internet Explorer.

· PKNavigator 1.3 – boleh memaparkan tapak-tapak Web kegemaran dengan pantas samada menerusi kombinasi kekunci atau menerusi “cursor” pada skrin.

· ABF Internet Explorer Tools 1.15 – menghalang tetingkap “pop-up”, membesarkan pelayar, dan menyimpan semua imej pada sesebuah laman dengan perisian tambahan (plug-in) untuk pelayar IE.

· The Eradicator 1.0 – memadam rekod URL,“cache”, “cookies”, dan “history” dalam Internet Explorer.

· IE Viewer 1.0- mencipta bebutang imej untuk mengganrikan menu jenis teks pada Internet Exporer.

· PpGuard 1.0 – menapis paparan Internet untuk menjadikan ia selamat untuk kegunaan kanak-kanak.

· Web Tracker 1.0.0.130 – menjejaki “cache” apabila meluncuri Internet.

· Microsoft Internet Explorer 6.0 Service Pack 1 – versi terkini pelayar Internet Explorer.

· MyMontage 2.1 – memilih gaya penampilan pelayar Web.

· TheeXact Search Bar 1.1-mengaksesenjin carian utarna Web dengan pantas.

· Link200 2.0.2 – mendapat laporan kesahihan setiap URL di dalam folder kegemaran.

· Search Favorites 1.5 – mencari URL kegemaran yang ditandakan tetapi tidak boleh ditemui lagi.

KATEGORI NETSCAPE COMMUNICATOR

· Netscape 7.02 – pemasang versi terkini pelayar Netscape.

· Netscape 6.2.3 – penyemak versi terkini pelayar Netscape.

· Netscape Cookie Editor 3.2a – membuka fail cookie Netscape dan memadam cookie tidak diingini.

· Netscape Communicator (32-bit Base Install) 4.79 – versi baru Netscape Communicator.

· CacheX (Netscape) 4.01 – menerokai,mengelola, dan menyelenggara isi “cache” pelayar Netscape.

KATEGORI PELAYAR DI LUAR TALIAN

· Offline Explorer 2.8 SRI – memindah terima tapak Web dan FTP untuk peluncuran diluar talian.

· Offline Explorer Enterprise 2.8 SRI – memapar, menyunting, atau melayari tapak Web di luar talian.

· Offline Explorer Pro 2.8 SRI – memindah terima, meluncur, dan menyunting tapak

· Web di luar talian.

· WebCopier 3.4 – memindah terima tapak Web dan menayangkannya di luar talian.

· ActiveSite Compiler 3.0 – menyusun tapak atau perkhidmatan yang lengkap ke dalam fail tunggal.

· NetGrabber 1.2 – memindah terima tapak Web, agar anda boleh meluncurinya secara di luar talian.

· Discstarter 1.0 – mencipta aplikasi “autorun” dan menayangkan HTML di bahagian

· hadapan.

· Net-Ripper 2.0 – menukarkan imej dari laman Web kepada tayangan slaid.

· BlackWidow 4.37 – mengimbas tapak Web, memindah terima fail, dan meluncur di luar talian.

· Leech 3.2.6 – memindah terima tapak Web ke dalam pemacu keras.

· Website Extractor 8.4 – memindah terima laman Web dengan penapis untuk

· peluncuran di luar talian.

· SuperBot 3.1 A – memindah terima tapak Web secara automatik untuk ditayangkan diluar talian.

· Cli-Mate 1.6.2 – mendapatkan ramalan cuaca terkini yang dipaparkan di bahagian “desktop”.

· iBee 1.21 – menyimpan kandungan Web, menyunting, mengelola, dan membinanya ke dalam e-book.

· PageSucker 3.2 – memindah laman Web untuk peluncuran di luar talian.

KATEGORI PERISIAN TAMBAHAN

· UltraBar 4.0 – mencari pelbagai enjin carian untuk capaian terus kepada bidang utama tapak Web.

· Adobe Acrobat Reader 6.0 – membaca fail Adobe PDF dari desktop anda atau pada Web.

· 1st Popup Killer & IE Assistant 1.6- mematikan iklan “pop-up”dan menghalang iklan “flash”.

· Ad Popup Free 3.50 – menghentikan tetingkap iklan tidak diingini dan menghalang mesej “spam”.

· Maxx 3.0 – menjana pembesaran imej berkualiti tinggi ketika meluncuri Internet.

· SmartGrabber 2.4 – menyimpan fail yang dimuatkan di dalam laman Web.

· CutePDF Plus 1.0 – menyimpan borang lengkap PDF pada cakera dalam Acrobat Reader untuk e-mel atau rujukan di masa depan.

· Etcetera: Pop-up Killer 2.23 – menghentikan tetingkap “pop-ups” dan menghantar carian kepada direktori enjin carian popular menerusi pelayar Web.

· Pop-up Manager 1.0.1.4 – mengizinkan tetingkap “pop-up” yang dikehendaki atau sebaliknya.

· VisualHunt WebsitePlayer 1.0 – menukarkan pelayar Web menjadi pemain dan perakam tapak Web.

· Pop Up Inspector 1.0 – menghalang semua tetingkap “pop-up” tanpa menjejaskan peluncuran.

· i-Nav – meluncuri Web dalam bahasa anda sendiri. la juga menyokong nama domain antarabangsa.

· Beatnik Plug-In 2.2 – menawarkan pengalaman muzik interaktif bermutu tinggi di dalam Web.

· BazookaBar 1.0 – melakukan pencarian relevan, menghalang tetingkap “pop-up”, iklan dan melindungi komputer dari perisian yang merbahaya.

· Microgarden WebTools 1.0 – menambah menu pada pelayar Internet Explorer.

KATEGORI PELAYAR ALTERNATIF

· iRider 2.05 – melayari beberapa laman dalam peta visual, beberapa enjin carian, mengawal “pop-ups”.

· Proximat Voyager 1.2 – mencari apa sahaja yang dikehendaki dalam Internet.

· WrestlingBrowser 2.0 – mencari tapak Web gusti utama, pautan (link), dan berita yang berkaitan.

· Surfnet Premiere 2.1 – mencipta infrastruktur tulang belakang untuk akses berbayar yang selamat bagi e-perkhidmatan dan persekitaran interaktif yang berasaskan Web.

· Mozilla 1.4 beta – versi terkini bagi enjin pelayar sumber terbuka.

· Mozilla 1.3.1 – peluncur Web sumber terbuka dengan ciri “pembunuh” “pop-up”


Technorati :