Kebelakangan ini, banyak sangat aktiviti Hackers dan Crackers telah didedahkan oleh pihak-pihak tertentu demi menjaga keselamatan alam Cyber yang semakin terancam…yang terbaru, Semalam Pentagon menutup lebih dari 1,000 akaun email kakitangan mereka kerana telah dicerobohi oleh golongan ini….

Kecanggihan teknologi yang digembar-gemburkan oleh pihak US selama ini telah terbukti masih lemah walaupun sebelum ini diwar-warkan sebagai teknologi yang paling hebat dan selamat yang mana tidak akan dapat digodam oleh sesiapapun…

Beberapa bulan lalu juga, ada diantara email warga e-kampung sendiri telah digodam dan digunakan untuk menyebarkan bahan-bahan lucah dan bahan-bahan lain yang tidak berfaedah kepada semua email kawan-kawan kita yang disimpan dalam email tersebut..inilah yang banyak berlaku dimana kita tidak pernah menghantar bahan-bahan tersebut tetapi ada yang menerimanya dari alamat email kita….perkara ini tidak mustahil dan sering terjadi….

Tidak terkecuali email abg sendiri pernah digodam dan pelbagai cara yang mereka gunakan untuk merosakkan reputasi dan maruah kita…dengan teknologi juga mereka mampu untuk menggodam dan merosakkan isi kandungan mailbox kita dan banyak lagi yang mampu mereka lakukan termasuk meninggalkan virus…

Untuk itu abg ingin berpesan kepada semua warga e-kampung agar berhati-hati dalam menjaga privacy email kita….kalau boleh rajin-rajinlah kita “clear Cache” setiap kali selepas menggunakan email kita untuk memastikan tidak ada data yang ditinggalkan didalam komputer untuk mereka gunakan sebagai media dalam usaha mereka untuk menceroboh email kita….

Sebarang pesanan dari warga e-kampung lain yang lebih pakar?……silakan…semoga kita dapat berkongsi sesuatu yang baik…

Sekian, Wassalam…