Sebagai seorang Islam kita tidak dapat lari dari didatangi oleh Musuh Islam yang nyata iaitu Syaitan laknatullah…Syaitan dan seluruh keturunannya telah bersumpah untuk menyesatkan anak-cucu Nabi Adam sehingga ke hari Kiamat…Mereka ini akan mencuba untuk menggunakan pelbagai helah dan cara serta dalam keadaan apa sekalipun untuk tujuan tersebut…

Tahukah anda walaupun semasa anda sedang beribadat pun syaitan dan konco-konconya akan cuba menyesatkan kita? Terutama sekali semasa kita sedang bersembahyang..

Adakah anda perasan, setiap kali kita menunaikan solat, fikiran kita sering melayang dan mengingati perkara atau peristiwa yang tak sepatutnya kita ingat semasa bersolat…dan kerana itu juga kadang-kadang kita boleh terlupa rakaat solat kita…ini berlaku sebenarnya adalah disebabkan oleh hasutan dan umpan syaitan untuk melalaikan kita dalam solat…

Abg ada satu cara yang pernah dikongsikan oleh seorang Ustaz tentang cara kita untuk menghalau syaitan dari terus menghasut kita semasa kita sedang bersolat…mungkin kita akan rasakan sedikit pelik dengan cara ini tetapi inilah cara yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W kepada kita…

Semasa kita sedang bersolat dan mendapati diri kita telah dilalaikan oleh syaitan, palingkan kepala ke sebelah kiri dan kemudian buatkan reaksi seolah-olah kita meludah tetapi tanpa kita mengeluarkan air liur, ianya cukup sekadar mimik muka seolah-olah kita sedang meludah….

Sebenarnya reaksi itu adalah menunjukkan kita meludah kepada syaitan yang menganggu kita kerana syaitan akan berada disebelah kiri kita semasa kita bersolat…InsyaALLAH kita akan terhindar dari gangguan selepas itu…

Wallahulam..


Technorati :