Dewasa ini kita sering mendengar rungutan yang diberikan oleh wanita-wanita moden yang kononnya ada sesetengah lelaki yang bergelar Suami tidak berlaku adil dalam memberi perhatian antara Isteri dan Ibunya…

Selama ini atau mungkin dalam dunia yang semakin moden ramai diantara kita samaada lelaki atau perempuan yang meletakkan hukum ALLAH ditempat yang kedua, sebaliknya sesetengah golongan ini hanya melihat dan menilai secara logikal yang mana kebanyakkannya adalah diantara hasil propaganda dan ajaran yang cuba diterapkan oleh musuh-musuh Islam…

Tidak ramai diantara kita yang serta-merta merujuk kepada tuntutan syariat dan ajaran Islam yang sebenar jika adanya sesuatu yang berlaku samaada didalam sesuatu institusi kemasyarakatan dan juga institusi kekeluargaan…termasuklah kerukunan Rumahtangga..

Seseorang Isteri yang baik seharusnya tidak sesekali membandingkan antara layanan dan perhatian yang diberikan oleh seorang anak kepada Ibunya dengan yang diberikan oleh seorang Suami kepada Isterinya….kerana ianya ibarat “Antara 2 Darjat”…

Jangan sesekali kita mempertikaikan Hukum ALLAH..dalam semua aspek sekalipun…walaupun sebesar zarah sekalipun…

Apa yang abg maksudkan “Antara 2 Darjat” ialah darjat antara seorang Ibu dan seorang Isteri bagi seorang lelaki sehingga ke akhir hayat adalah berbeza….Ingatlah sentiasa bahawa syurga bagi seorang lelaki dari dilahirkan sehingga ke akhir hayatnya adalah dibawah telapak kaki ibunya….maksudnya disini, jika tanpa redha seorang Ibu maka tidak berbaulah syurga seseorang lelaki itu….

Berbeza dengan seorang Perempuan, sebelum berkahwin syurganya adalah dibawah telapak kaki seorang ibu tetapi apabila telah berkahwin dan mendirikan rumahtangga maka syurganya adalah dibawah telapak kaki suaminya…yang membawa maksud tidak akan berbau syurga seorang isteri itu jika tidak mendapat redha suaminya…

Jadi disini jelas dan nyata, sememangnya seorang lelaki yang bergelar Suami mempunyai kepentingan yang berbeza antara isteri dan Ibunya, Ibunya diatas manakala Isterinya dibawah….

Oleh yang demikian, abg mintak sangat jangan lagi ada diantara Isteri yang membuat perbandingan antara perhatian dan layanan yang diberikan oleh seorang anak kepada ibunya kerana kelak si isteri ini akan mempunyai anak dan berharap anaknya kelak akan turut patuh seperti Suaminya…

Coretan ini abg kirimkan kerana abg tak sanggup lagi mendengar sesetengah wanita yang memberikan komen dan komplen terutama didalam kaca TV dan juga radio mempersoalkan perkara ini dan suka membandingkan perkara ini…walhal sebagai umat Islam kita seharusnya tahu dan faham tentang hak ini…

Sekian, Wassalam….

Technorati :


Technorati :