MIMPI-MIMPI RASULULLAH S.A.W

BERMIMPI MELIHAT KEHIDUPAN ALAM BARZAH

Dari samurah bin jandab, berkata: “Rasulullah S.A.W selalu berkata kepada sahabat-sahabatnya: “adakah di antara kamu yang bermimpi?” pada suatu hari Rasulullah berkata kepada kami: “malam tadi aku lihat (dalam mimpi) datang dua orang lelaki kepadaku. Mereka mengajak aku supaya pergi bersama mereka maka kami pun sama-sama pergi. Pada waktu pergi bersama mereka itu kami sampai kepada seorang lelaki yang sedang berbaring. Tiba-tiba di sebelahnya kami lihat ada pula seorang yang berdiri memegang batu besar. Dia jatuhkan batu itu sehingga kena kepala orang yang berbaring tadi. Pecah kepala kawannya itu dan batu itu pun pecah. Dia geser dan dia guling-gulingkan lagi batu itu ke atas kepala kawannya. Kepala kawannya yang pecah itu sudah kembali lagi seperti semula. Dia jatuhkan lagi batu itu ke atas kepala kawannya seperti tadi. Melihat yang demikian aku tanya mereka siapa lelaki yang dipecahkan kepalanya itu tetapi mereka hanya menjawab: “mari ikut kami melihat yang di sana lagi.”

Aku pergi lagi bersama mereka. Maka kami menjumpai seorang lelaki yang terlentang dan di sebelahnya ada lelaki berdiri memegang parang atau sabit. Dia hentakkan sabitnya ke mulut orang yang terlentang tadi lalu dia tekan dan dia tarik ke belakang sekuat tenaganya sehingga koyak mulut, pipi sampai ke tengkuknya. Bahkan koyak semua sampai ke hidung dan matanya. Kemudian dia balikkan orang yang terlentang itu untuk mencari pipi yang sebelah­nya lagi dia masukkan lagi sabitnya ke mulut orang yang terlentang itu. Dia tarik ke belakang sekuat tenaganya se­hingga koyak lagi mulut, pipi sampai tengkuknya, bahkan koyak juga hidung, mata dan telinganya.

Jelas keihatan lelaki itu kesakitan dan mengeluarkan darah yang banyak. Selesai dia koyak pipi yang sebelah itu. Maka pipi yang sebelah lagi kembali lagi seperti biasa. Maka dia buat lagi seperti yang mula-mula tadi. Nampaknya lelaki yang mengoyaknya itu begitu marah dan sedikit pun tidak merasa kasihan. Melihat yang demikian aku pun menarik nafas panjang sambil berkata: subhanallah, siapakah orang ini?”

Mereka belum menjawab soalanku dan terus saja berkata: “mari kita ke sana lagi.” tidak berapa jauh melangkah dari tempat itu kami menjumpai belanga atau kuali besar kerana besarnya kuali itu kami belum melihat lagi apa isinya didalam. Di dalam terdengar suara orang ramai dan bising. Kami lihat ke dalam rupanya di situ ramai orang disusun, yakni terdiri dari lelaki dan wanita.

Tiba-tiba api menyala di bawah mereka maka mereka pun menjerit dan tidak dapat keluar. Aku tanya lelaki yang membawa aku tadi: “siapa :mereka itu?” mereka tidak menjawab soalanku itu lalu berkata: “mari kita ke sana lagi.” tidak berapa jauh berjalan kami pun sampai di suatu sungai yang airnya merah seperti darah. Tiba-tiba kami lihat di sungai itu ada seorang lelaki yang tengah sibuk mengumpul batu. Orang yang mengumpul batu itu memanggil lelaki yang berenang itu kemudian lelaki yang berenang itu datang mendekatinya. Sebaik sahaja lelaki yang berenang itu datang rnendekatinya, dia masukkan batu itu ke mulutnya secara rsksa kemudian dia suruh lagi pergi berenang. Sesudah itu dia panggil lagi dan dia masukkan batu ke dalam mulutnya.

Aku tanya siapa lelaki yang berenang di sungai darah itu dan siapa pula lelaki yang mengumpul batu itu tetapi mereka hanya menjawab: “mari ikut lagi bersama kami.” tidak jauh berjalan dari tempat itu kami pun berjumpa dengan seorang lelaki berwajah jelek dan seram. Tidak berapa jauh dari tempatnya berdiri ada api yang sedang menyala. Aku tanya siapa lelaki berwajah seram itu tetapi mereka menjawab: “mari kita ke sana lagi.”

“tidak berapa jauh berjalan sampailah kami ke sebuah taman yang indah. Di taman itu berdiri seorang lelaki berbadan tinggi sehingga kepalanya mencecah langit. Di kiri kanan lelaki itu ramai kanak-kanak comel dan berpakaian cantik. Aku tanya siapa lelaki tinggi dan siapa kanak-kanak berpakaian cantik itu. Tetapi seperti biasanya mereka hanya menjawab: “man kita ke sana lagi.”

Kami terus saja berjalan lagi sehingga akhirnya kami sampai lagi di sebuah taman yang cukup luas dan indah. Kami berjalan di taman itu kemudian sampailah kami di sebuah kota yang cukup bersih dan cantik. Di kota itu banyak bangunan tinggi dan jalan-jalannya tersusun dan menarik. Dan yang paling mengkagumkan lagi semua bangunan dan jalan-jalannya dihiasi dengan emas dan perak.

Kami meminta izin masuk ke kota itu dan penjaganya pun membenarkan kami masuk. Tetapi ada juga yang membuat kami hairan, di kota itu banyak kami lihat manusia yang separuh badannya cantik dan separuh lagi hodoh. Lelaki yang membawaku itu berkata kepada mereka “pergi kalian mandi di sungai sana.” mereka pun pergij mandi di sungai yang airnya cukup jernih itu. Selesai mandi. Mereka datang lagi mendekati kami, tiba-tiba kami lihat badan mereka yang jelek dan kotor itu sudah bersih semula.

Kemudian orang yang membawaku itu berkata j kepadaku: “ini adalah syurga adan dan inilah tempatmu.” aku pandang ke atas, rupanya di atas lagi perhiasannya| yang lebih cantik. Mereka berkata lagi: “bergembiralah engkau, inilah tempatmu.”

Aku jawab: “barakallahu fi kuma. Bolehkah aku masuk ke dalam?” mereka menjawab: “sekarang engkau belum boleh masuk, tetapi engkau akan memasukinya nanti.”

Aku katakan kepada mereka: “sebenarnya dari tadi aku sudah banyak menyaksikan keadaan yang cukup aneh, Siapakah mereka itu semua?” mereka berkata: “betul, dari tadi engkau sudah menanyakan itu semua tetapi kami belum menjawabnya. Sekarang biarlah kami ceritakan semua kepadamu. Lelaki yang mula-mula kita jumpai, iaitu yang pecah kepalanya itu ialah perumpamaan umatmu yang menolak al-quran dan tidur sebelum mengerjakan solat fardu (tidak solat sehingga habis waktunya).”

Orang kedua yang kita jumpai, iaitu lelaki yang dikoyak mulutnya dan pipinya (kiri kanan) dengan sabit, ialah umatmu yang banyak berbohong.” dalam mimpi Rasulullah itu beliau lihat bukan hanya mulut lelaki itu yang koyak tetapi ikut juga pipinya, hidungnya, matanya, telinganya, lidahnya, lehernya dan tengkuknya. Menurut ibnu hubairah, ini berlaku kerana orang yang berbohong itu, ketika dia bercakap atau bercerita, akan ikut bergerak semua yang disebutkan itu, maka wajar kalau semuanya turut diseksa.

Kata orang yang membawa Rasulullah S.A.W itu lagi: “orang ketiga yang kita jumpai, iaitu lelaki dan wanita bercampur dalam keadaan telanjang di dalam kuali kemudian dinyalakan api di bawah mereka adalah perumpamaan umatmu yang suka berzina.” Kata orang yang membawa Rasulullah S.A.W itu lagi: “orang keempat yang kita jumpai, iaitu orang yang berenang di sungai darah kemudian mulutnya diisi dengan batu oleh orang yang berdiri di tepi sungai ialah perum­pamaan umatmu yang suka memakan riba.”

Katanya lagi: “adapun orang seram dan hodoh yang kita jumpai itu, yang dia sedang sibuk membuat unggun api, ialah malaikat penjaga neraka jahanam. Adapun lelaki tinggi yang kita jumpai di taman itu ialah nabi ibrahim. Sedangkan kanak-kanak yang ramai di sekelilingnya itu adalah anak-anak orang muslim yang meninggal pada waktu kecil.” ketika Rasulullah menceritakan ini, ada orang yang bertanya kepada beliau: “bagaimana dengan anak-anak orang kafir ya Rasulullah?” maka beliau menjawab: “anak-anak orang kafir pun termasuk juga dalam kumpulan anak-anak yang berada di sekeliling Nabi Ibrahim itu.”

Dan kata orang yang membawa Rasulullah S.A.W itu lagi: “orang yang separuh badan mereka cantik dan separuh lagi jelek dan kotor ialah orang-orang islam yang mencampurkan amal salih dengan perbuatan maksiat.”

Intisari hadis:

Menurut Ibnu Hajar Al-Asqalaniy, faedah-faedah atau intisari yang diambil dari hadis itu adalah sebagai berikut:

  1. Orang-orang yang berbuat dosa atau maksiat akan diseksa di alam barzakh. Ada yang berpendapat seksa kubur tidak ada. Menurut mereka tidak ada hukuman sebelum diadakan hisab, iaitu pengiraan amal di padang mahsyar nanti. Menurut Ahli Sunnah Waljamaah, begitu juga menurut jumhur ulama, seksa kubur itu ada berdasarkan hadis-hadis dan juga al-quran. Bererti mimpi Rasulullah S.A.W ini menguatkan lagi pendapat ahli sunnah.
  2. Boleh menunda menjawab soalan orang lain jika dianggap itu lebih berkesan. Dalam perjalanan mimpi Rasulullah itu beliau banyak bertanya tetapi belum dijawab oleh malaikat yang membawanya. Dengan penangguhan jawapannya itu, hati Rasulullah semakin bertanya-tanya. Ketika diterangkan oleh malaikat itu Rasulullah pun merasa senang dan jawapan yang diberikan itu cukup berkesan dalam hati beliau.
  3. Dengan mimpi Rasulullah S.A.W itu, iaitu melihat betapa dahsyatnya seksaan bagi orang yang tidur sebelum mengerjakan solat fardu, sepatutnya ini membuat kita lebih takut meninggalkan solat.
  4. Dari mimpi atau hadis itu tahulah kita apa seksaan yang diberikan bagi orang-orang yang menolak al-quran, orang berzina, memakan riba dan orang yang suka berbohong.
  5. Peristiwa dalam mimpi itu mendorong kita lagi untuk menuntut iknu dan mengikuti orang yang berilmu. Maksudnya Rasulullah sendiri pun sabar mengikuti orang yang beliau anggap berilmu, yakni dua malaikat yang mengajak beliau pergi melihat peristiwa-peristiwa yang menakjubkan itu.
  6. Mimpi Rasulullah S.A.W itu juga menunjukkan bahawa orang yang sama berat amal kebaikan dan kejahatannya akan dimasukkan ke dalam syurga.
  7. Dalam mimpi itu hanya sebahagian perbuatan maksiat sahaja yang ditunjukkan tetapi banyak lagi perbuatan maksiat yang hebat seksaannya.