Abg pasti dan yakin, boleh dikatakan setiap orang dari kita pernah dihubungi oleh seseorang yang tidak kita kenali dan mereka ini tahu nama dan serba sedikit tentang kita sedangkan mereka ini bukannya kenalan kita….mereka ini biasanya akan menawarkan pakej atau apa sahaja peluang yang dikatakan baik untuk kita….

Ada diantara mereka ini memang menjalankan perniagaan yang dibenarkan dan tidak ada unsur penipuan tetapi sering memerangkap kita dengan percakapan yang mempunyai kuasa untuk mempengaruhi…nasihat abg janganlah sesekali membiarkan diri anda dikuasai dan dipengaruhi oleh mereka ini…kebanyakkan dari mereka ini akan cuba memujuk kita untuk memberikan jawapan pada masa itu juga untuk menerima tawaran yang ditawarkan….

Ada juga pengesahan untuk menerima boleh dibuat dengan mudah dengan hanya membuat pengesahan suara melalui perbualan melalui telefon tersebut….mereka ini akan meminta kita untuk menberikan jawapan menerima tawaran dan jawapan tersebut akan dirakam….

Abg berharap anda semua dapat memberikan pertimbangan yang sewajarnya jika berdepan dengan mereka ini….jangan sesekali membuat keputusan yang drastik…minta orang berkenaan menghubungi anda kembali keesokkan harinya jika anda berminat dengan tawaran berkenaan….ambil masa 1 hari untuk anda selidiki dan mendapatkan pandangan keluarga, sahabat dan kenalan berkenaan hal tersebut….