Salam Semua Pengikut Blog ini, kini abg telah berpindah sepenuhnya ke blog sendiri iaitu:
http://www.AbgMavles.com
Jumpa anda semua disana….

Alhamdulillah….subhanallah…sungguh cantik…

Rokok adalah Haram.

Mengikut pendapat Ulama’ terkenal Yusuf Al-Qardawi, merokok adalah haram kerana faktor-faktor kesihatan. Mengapa ulama-ulama terdahulu mengatakannya makruh?.

Ini kerana ulama-ulama terdahulu tidak terdedah kepada kesan-kesan merokok kepada manusia. Mereka hanya melihat rokok pada bau asap sahaja tanpa mengetahui kesan buruk kepada kesihatan. Oleh yang demikian dijatuhkan hukum makruh kerana bau asap yang busuk.

Mengapa makruh rokok dari segi baunya? ini kerana berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W, “Sesiapa yang memakan bawang merah, bawang putih dan kuchai, maka dilarang dia untuk masuk ke masjid, ianya kerana menganggu ketenteraman para jemaah yang lain untuk beribadah.

Berbalik kepada pandangan Yusuf Al-Qardawi pulak, beliau memandang kepada kesan rokok kepada kesihatan. Rokok boleh membawa seseorang perokok dan orang disekitarnya kepada pelbagai penyakit antaranya kanser dan banyak lagi.

ALLAH berfirman yang bermaksud: “Jangan kamu membunuh dirimu”

Kedua, Yusuf Al-Qardawi memandang kepada pembaziran. Merokok tidak mendatangkan apa-apa manafaat bahkan membawa pembaziran. Perokok sanggup menghabiskan wang yang banyak untuk melepaskan gian rokok sedangkan wang tersebut boleh digunakan untuk perkara lain yang lebih berfaedah dan bermanafaat.

Fikir-fikirkanlah…

Dipetik dari ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Dato’ Ismail Kamus di Singapura.

Assalamualaikum kepada semua warga e-kampung yang dihormati dan dikasihi sekalian…

Agaknya kita semakin lupa tentang sesuatu yang telah berlaku beberapa minggu yang lalu, oleh kerana media cetak dan media elektronik yang semakin tidak memberi penekanan terhadap isu ini, maka kita jugak turut terlupa…

Demi agama dan demi penderitaan yang telah ditanggung dan dirasai oleh saudara kita di Gaza, Palestin, abg menyeru kepada semua untuk terus memboikot semua produk yang dibelakangi dan semua produk yang menyokong dan mendokong pergerakan dan kekejeman zionis…

Seperti yang kita tahu antara beberapa produk yang menyokong dan mendokong kekejaman zionis kepada saudara kita di Gaza adalah seperti berikut:-

content if browser does not support

dan banyak lagi…

Abg menyeru sangat jangan sesekali lupa kekejaman yang telah mereka lakukan kepada saudara kita disana..

TERUSKAN MEMBOIKOT….JANGAN SESEKALI MEMBELI PRODUK KELUARAN MEREKA…

Kita dapat lihat sejak kebelakangan ini, pihak mereka sudah mengurangkan harga produk dan perkhidmatan mereka kerana kurangnya sambutan yang diberikan…..

Lihatlah betapa kita semua pengguna mempunyai kemampuan untuk memberikan mereka pengajaran diatas perbuatan mereka…

TERUSKAN MEMBOIKOT DEMI AGAMA DAN SAUDARA KITA…

Sekian, Jazakallah…

Sakaratul Maut, Siapkah kita untuk menghadapinya ?

“Kalau sekiranya kamu dapat melihat malaikat-malaikat mencabut nyawa orang-orang yang kafir seraya memukul muka dan belakang mereka serta berkata, “Rasakanlah olehmu siksa neraka yang membakar.”(niscaya kamu akan merasa sangat ngeri) (QS. Al-Anfal {8} : 50).

“Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat di waktu orang-orang yang zalim
(berada) dalam tekanan-tekanan sakaratul maut, sedang para malaikat
memukul dengan tangannya (sambil berkata), “Keluarkanlah nyawamu !”

Pada hari ini kamu dibalas dengan siksaan yang sangat menghinakan,karena
kamu selalu mengatakan terhadap Allah (perkataan) yang tidak benar dan
kerena kamu selalu menyombongkan diri terhadap ayat-ayat-Nya”. (Qs. Al- An’am : 93).

Cara Malaikat Izrail mencabut nyawa tergantung dari amal perbuatan orang yang bersangkutan, bila orang yang akan meninggal dunia itu durhaka kepada Allah, maka Malaikat Izrail mencabut nyawa secara kasar.

Sebaliknya, bila terhadap orang yang soleh, cara mencabutnya dengan lemah lembut dan
dengan hati-hati.
Namun demikian peristiwa terpisahnya nyawa dengan raga tetap
teramat menyakitkan.

“Sakitnya sakaratul maut itu, kira-kira tiga ratus kali sakitnya dipukul pedang”.
(H.R. Ibnu Abu Dunya).

Di dalam kisah Nabi Idris a.s, beliau adalah seorang ahli ibadah, kuat mengerjakan
sholat sampai puluhan raka’at dalam sehari semalam dan selalu berzikir didalam
kesibukannya sehari-hari.

Catatan amal Nabi Idris a.s yang sedemikian banyak, setiap malam naik ke langit. Hal
itulah yang sangat menarik perhatian Malaikat Maut, Izrail. Maka bermohonlah ia
kepada Allah Swt agar di perkenankan mengunjungi Nabi Idris a.s. di dunia.
Allah Swt, mengabulkan permohonan Malaikat Izrail, maka turunlah ia ke dunia dengan
menjelma sebagai seorang lelaki tampan, dan bertamu kerumah Nabi Idris.

“Assalamu’alaikum, yaa Nabi Allah”. Salam Malaikat Izrail, “Wa’alaikum salam wa rahmatulloh”. Jawab Nabi Idris a.s. Beliau sama sekali tidak mengetahui, bahwa lelaki yang bertamu ke
rumahnya itu adalah Malaikat Izrail.

Seperti tamu yang lain, Nabi Idris a.s. melayani Malaikat Izrail, dan ketika tiba
saat berbuka puasa, Nabi Idris a.s. mengajaknya makan bersama, namun di tolak oleh
Malaikat Izrail. Selesai berbuka puasa, seperti biasanya, Nabi Idris a.s mengkhususkan waktunya “menghadap”.
Allah sampai keesokan harinya. Semua itu tidak lepas dari perhatian Malaikat Izrail. Juga ketika Nabi Idris terus-menerus berzikir dalam melakukan kesibukan sehari-harinya, dan hanya berbicara yang baik-baik saja.

Pada suatu hari yang cerah, Nabi Idris a.s mengajak jalan-jalan “tamunya”
itu ke sebuah perkebunan di mana pohon-pohonnya sedang berbuah, ranum
dan menggiurkan.
“Izinkanlah saya memetik buah-buahan ini untuk kita” pinta Malaikat Izrail
(menguji Nabi Idris a.s).
“Subhanallah, (Maha Suci Allah)” kata Nabi Idris a.s.
“Kenapa ?” Malaikat Izrail pura-pura terkejut.
“Buah-buahan ini bukan milik kita”. Ungkap Nabi Idris a.s. Kemudian Beliau
berkata:”Semalam anda menolak makanan yang halal, kini anda menginginkan makanan
yang haram”.

Malaikat Izrail tidak menjawab. Nabi Idris a.s perhatikan wajah tamunya yang tidak merasa bersalah. Diam-diam beliau penasaran tentang tamu yang belum dikenalnya itu.
Siapakah gerangan ? pikir Nabi Idris a.s. “Siapakah engkau sebenarnya ?” tanya Nabi Idris a.s.
“Aku Malaikat Izrail”. Jawab Malaikat Izrail.
Nabi Idris a.s terkejut, hampir tak percaya, seketika tubuhnya bergetar tak berdaya.
“Apakah kedatanganmu untuk mencabut nyawaku ?” selidik Nabi Idris a.s serius.
“Tidak” Senyum Malaikat Izrail penuh hormat.”Atas izin Allah, aku sekedar
berziarah kepadamu”. Jawab Malaikat Izrail.

Nabi Idris manggut-manggut, beberapa lama kemudian beliau hanya terdiam.
“Aku punya keinginan kepadamu”. Tutur Nabi Idris a.s
“Apa itu ? katakanlah !”. Jawab Malaikat Izrail.
“Kumohon engkau bersedia mencabut nyawaku sekarang.
Lalu mintalah kepada Allah SWT untuk menghidupkanku kembali, agar bertambah
rasa takutku kepada-Nya dan meningkatkan amal ibadahku”. Pinta Nabi Idris
a.s.
“Tanpa seizin Allah, aku tak dapat melakukannya”, tolak Malaikat Izrail.

Pada saat itu pula Alloh SWT memerintahkan Malaikat Izrail agar mengabulkan

permintaan Nabi Idris a.s. Dengan izin Allah Malaikat Izrail segera mencabut nyawa
Nabi Idris a.s. sesudah itu beliau wafat.

Malaikat Izrail menangis, memohonlah ia kepada Allah SWT agar
menghidupkan Nabi Idris a.s. kembali. Allah mengabulkan permohonannya. Setelah
dikabulkan Allah Nabi Idris a.s. hidup kembali.
“Bagaimanakah rasa mati itu, sahabatku ?” Tanya Malaikat Izrail.
“Seribu kali lebih sakit dari binatang hidup dikuliti”. Jawab Nabi Idris
a.s. “Caraku yang lemah lembut itu, baru kulakukan terhadapmu”. Kata Malaikat Izrail.

MasyaAllah, lemah-lembutnya Malaikat Maut (Izrail) itu terhadap Nabi Idris
a.s. Bagaimanakah jika sakaratul maut itu, datang kepada kita ?
Siapkah kita untuk menghadapinya ?

BERMIMPI PERANG MENGHARUNGI LAUTAN

DARI Anas bin Malik ra. berkata: “Pada suatu hari Rasulullah SAW bertamu ke rumah Ummu Haram binti Malhan (ibu saudara Anas). Ummu Haram menjamu Rasulullah SAW menjelang tengah hari. Selesai makan, Rasulullah tidur sejenak (tidur Qailulah). Tiba-tiba Ra­sulullah SAW terbangun dalam keadaan tertawa. Melihat yang demikian Ummu Haram bertanya: “Mengapa engkau nampak gembira dan tertawa ya Rasulullah?”

Rasulullah SAW menjawab: “Satu kelompok dari umatku diperlihatkan kepadaku bahawa mereka pergi perang Fisabilillah. Mereka terpaksa mengharungi laut menuju ke tempat musuh.”

Ummu Haram binti Malhan berkata: “Doakanlah kepada Allah supaya aku dijadikan-Nya termasuk di dalam kelompok mereka itu.” Rasulullah SAW mendoakannya kemudian beliau berbaring lagi dan kemudian tertidur. Tidak lama kemudian Rasulullah SAW bangun lagi dalam keadaan gembira dan tersenyum. Melihat yang demikain Ummu Haram bertanya: “Mengapa engkau nampak gembira dan tersenyum ya Rasulullah?”

Rasulullah SAW menjawab: “Satu kelompok dari umatku diperlihatkan kepadaku mereka pergi perang Fisabilillah. Mereka terpaksa mengharungi laut menuju ke tempat musuh.”

Mendengar yang demikian Ummu Haram berkata: “Doakanlah kepada Allah supaya aku termasuk dalam kelompok mereka itu.” Rasulullah SAW menjawab: “Engkau sudah termasuk dalam kelompok yang pertama tadi.”

Mimpi Rasulullah SAW itu menjadi kenyataan. Ummu Hararn binti Malhan ikut berperang dengan mengharungi lautan pada zaman pemerintahan Muawiyah. Dia tergelincir dari kapal kemudian jatuh ke laut dan mati ditempat kejadian.

Intisari Hadith:-

Adapun kesimpulan dan hukum yang diambil dari mimpi atau cerita Rasulullah itu adalah sebagai berikut:

1. Boleh bercita-cita mati syahid. Ummu Haram, sekalipun dia wanita, dia ingin mati syahid. Ketika Rasulullah SAW mengatakan melihat dalam mimpinya satu kelompok dari umatnya pergi berperang melalui jalan laut dan mereka mati syahid di laut itu, maka Ummu Haram meminta Rasulullah supaya mendoakan dirinya termasuk dalam kumpulan itu. Mimpi Rasulullah itu memang benar, doanya makbul, sehingga Ummu Haram akhirnya mati syahid.

2. Dalam agama kita disuruh tidur Qailulah kerana dengan tidur itu akan menguatkan badan kita untuk mengerjakan ibadat pada waktu malam. Tidur Qailulah maksudnya tidur sebentar menjelang masuknya waktu Zuhur. Dalam hadis di atas tadi Rasulullah pun tidur menjelang masuknya waktu Zuhur dan waktu itulah beliau bermimpi melihat umatnya pergi berperang.

3. Hadith itu menerangkan keutamaan mati syahid atau perang Fisabilillah. Rasulullah SAW tertawa setelah bangun tidur tentunya kerana bergembira melihat umatnya yang bakal mendapat mati syahid.

4. Dalam hadith itu Rasulullah SAW menerangkan peristiwa yang akan terjadi, ternyata memang berlaku. Ini menunjukkan bahawa mimpi-mimpi Rasulullah itu benar. Ini adalah salah satu tanda kenabian beliau.

5. Boleh bergembira atau tertawa sekadarnya ketika mendapat kesenangan atau nikmat. Rasulullah SAW bergembira melihat semangat umatnya berjihad, begitu juga melihat ganjaran yang bakal mereka terima.

Dari Blog:-

Sebagai pengguna dan pelanggan, setiap orang mempunyai hak untuk berkongsi pengalaman sesama kita demi untuk memastikan setiap pengguna mendapat nilai dari apa sahaja perkhidmatan yang dilanggan bersesuaian dengan apa yang disediakan oleh pihak pemberi khidmat atau “Service Provider”…

Atas dasar inilah abg ingin berkongsi pengalaman abg menggunakan khidmat talian yang disediakan oleh 2 pembekal perkhidmatan mobiliti gergasi negara iaitu DiGi dan Hotlink…

DiGi telah menyediakan khidmat talian untuk mengemaskini maklumat dan menyemak penggunaan harian pengguna yang dipanggil OCS (Online Customer Service) manakala Hotlink menyediakan khidmat yang sama lebih awal yang dikenali sebagai E-Statement…

Kedua-duanya telah pun abg cuba sebentar tadi, manakala untuk e-statement pernah abg cuba sebulan yang lalu (jika tidak silap). Pada masa itu sistem talian tersebut tidak begitu baik kerana setelah login ianya mengeluarkan satu promp yang meminta pelanggan memasukkan secret answer padahal ianya adalah pertama kali kita mengunjungi dan berdaftar dilaman tersebut.

Apa yang abg maksudkan, biasanya sistem akan meminta kita memasukkan dahulu secret question dan answer sebagai langkah keselamatan jika kita terlupa katalaluan pada masa akan datang…tetapi sebaliknya kita / pengguna diminta memasukkan secret answer yang tak pernah kita masukkan sebelum ini…

Perihal ini pernah abg ujarkan kepada bahagian customer service tetapi mereka hanya reset katalaluan dan meminta pengguna login semula..tetapi perkara yang sama masih berulang…pada masa itu abg telah nyatakan tetapi seolah-olah tidak diambil berat apa yang cuba pelanggan maklumkan…

Sebentar tadi pula abg cuba sekali lagi untuk masuk ke e-statement tetapi terlupa password, oleh yang demikian abg cuba reset katalaluan bagi tujuan login semula…katalaluan telah abg terima melalui sms ke telefon bimbit …apabila abg cuba untuk login berulang kali paparan dibawah keluar..

abg cuba login berkali-kali tetapi masih gagal…sebagai langkah percubaan lain, abg reset katalaluan sekali lagi tetapi paparan yang sama keluar lagi selepas login…sungguh mengecewakan..

Berbeza pula dengan OCS yang disediakan pihak DiGi..ianya cekap dan senang digunakan..sekali daftar terus dapat digunakan…tanpa sebarang masalah.

Bagi Celcom pula, memandangkan abg menggunakan talian postpaid jadi tidak ada sebarang masalah yang abg hadapi…cuma untuk prepaid abg tidak berapa pasti..

Perkongsian pengalaman ini adalah sebagai perkongsian maklumat semata-mata bukannya untuk menjatuhkan mana-mana pihak sebaliknya bertujuan untuk memberikan panduan kepada pengguna supaya mendapatkan hanya yang terbaik dengan nilai wang yang dilaburkan..manakala pembekal perkhidmatan dapat memperbaiki khidmat yang diberikan supaya seiringan dengan iklan yang diwar-warkan bukannya ibarat kata pepatah “indah khabar dari rupa”.

Wallahualam..

Sekian, Wassalam…

Blog Stats

  • 9,328 hits
December 2016
M T W T F S S
« Apr    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Top Clicks

  • None